RENUNGAN KITA BERSAMA
ASSALAMMUALAIKUM,,,,W.B.T
AMALAN ISLAM YANG DILUPAKAN
Islam itu dagang dan akan kembali dagang. Islam itu datangnya
membawa perbezaan dan kalau Islam itu diamalkan kembali, ia juga
akan membawa perbezaan. Islam itu lain daripada yang lalin. Ketika
awalnya dahulu, Islam itu terpinggir, jauh tersisih dari carahidup
orang-orang Arab jahiliah. Di akhir zaman juga ia terpinggir. Cara
hidup Islam yang sebenar jauh tersisih dari cara hidup umat Islam di
zaman jahiliah moden ini.
Al-Quran itu dinamakan Al furqan atau "yang membezakan". Siapa yang
mengamalkan Al Quran, cara hidupnya akan berbeza dengan orang yang
tidak mengamalkan Al Quran. Siapa yang banyak meninggalkan Al Quran,
maka Islamnya tidak syumul.
Sendi-sendi kehidupan umat Islam kini sudah terlalu banyak yang
rosak. Sudah tidak kelihatan lagi cirri-ciri dana amalan Islam di
dalam kehidupan umat Islam. Banyak daripada amalan umat Islam telah
dilupa dan ditinggalkan. Ia telah digantikan dengan amalan-amalan
yang ditiru dan diciplak dari amalan para penjajah, orang-orang
Barat, Yahudi dan Nasrani.
Di zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat, kalau diibaratkan ilmu
Islam itu ada sepuluh, amalan umat Islam juga ada sepuluh. Sebab itu
Islam ketika itu syumul dan terlaksana di semua bidang kehidupan.
Pada zaman Tabiut Tabi'in, ilmu Islam tetap ada sepuluh tetapi
amalannya sudah kurang menjadi sembilan. Ketika itu Islam masih lagi
kelihatan syumul. Pada zaman 300 tahun hingga membawa kepada 700
tahun umur Islam, iaitu di kala mana empayar Islam masih wujud,
amalan Islam terus berkurangan walaupun ilmunya tetap sepuluh.
Pada era selepas 700 tahun hingga sekarang ini iaitu di kala mana
empayar Islam telah runtuh dan umat Islam mula dijajah oleh kuasa-
kuasa Barat, semakin banyak amalan dan cara hidup Islam ditinggalkan
dan diganti dengan amalan-amalan dan cara hidup penjajah. Sekarang
ini, tidak salah kalau kita angarkan bahawa nisbah amalan Islam
hanya tinggal satu walhal ilmunya tetap sepuluh, sama seperti zaman
Rasulullah SAW dahulu. Islu Islam tidak rosak. Ilimu Islam tidak
berkurangan. Ilmu Islam tidak susut. Yang menjadi kurang, menjadi
susut dan yang rosak adalah amalannya yang sudah banyak ditinggalkan
dan dilupakan umat Islam. Maka terbuktilah kebenaran firman Allah
yang bermaksud:
" Dan sekali-kali tidak akan redha kaum Yahudi dan Kristian itu
kepada engkau (Ya Muhammad) selagi kamu tidak mengikuti cara hidup
mereka."
Amalan yang tinggal di waktu ini hanyalah apa yang termaktub di
dalam rukun Islam. Itu pun kerana ianya dijadikan rukun. Kalau
tidak, mungkin amalan-amalan tersebut dilupakan juga. Amalan-amalan
yang menjadi rukun ini kalau tidak diyakini dan diamalkan, maka akan
terjejas keimanan. Justeru itu, masih ada umat Islam yang bersolat,
walaupun ramai sudah tidak bersolat atau tidak tahu bagaimana hendak
bersolat. Masih ada orang Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan.
Masih ada umat Islam yang membayar zakat dan masih ada yang
menunaikan haji. Amalan-amalan yang lain yang tidak merupakan rukun,
hamper kesemuanya sudah lenyap ditelan zaman.
Itu sebab Islam di zaman ini tidak syumul lagi. Itu sebab orang
Islam tidak banyak bezanya dengan orang bukan Islam. itu sebab umat
Islam sudah hilang identity mereka. Kecantikan dan keindahan Islam
sudah tidak dapat dilihat lagi. Keselamatan dan kesejahteraan yang
dijanjikan oleh Islam tidak dapat dirasakan lagi. Umat Islam
berpecah belah. Akhlak dan moral umat Islam runtuh menyapu bumi.
Masyarakat umat Islam kucar-kacir. Ekonomi umat Islam mundur. Itu
sebab juga umat Islam tidak dihormati dan digeruni malahan dikeji
dan dihina di seluruh dunia. Kebanyakan umat Islam hari ini hanya
Islam pada keyainan tetapi tidak Islam pada amalan. Lain yang
diyakini, lain pula yang diamalkan. Mereka mengaku Islam, tetapi
cara hidup, cara fakir dan cara menilai sangat kebaratan.
Bila dikembalikan semula amalan-amalan Islam yang telah
ditinggalkan dan dilupakan, masyarakat menjadi huru-hara. Banyak
mata yang terbeliak. Ramai yang terkejut. Ramai yang terpekik
terlolong menuduh songsang dan sesat. Sedih. Umat Islam sendiri
sudah tidak kenal Islam. Islam hanya tinggal rukun. Islam pada
mereka hanya solat, puasa, zakat dan haji.
Umat Islam sudah lupa berpkaian secara Islam. mereka sudah lupa
makan minum dan bergaul secara Islam. mereka lupa berekonomi,
menjalankan pelajaran dan pendidikan, berkebudayaan, bermasyarakat
dan berpolitik secara Islam mereka sudah lupa bersahabat dan
berjiran secara Islam. mereka sudah lupa berhibur secara Islam.
mereka sudah lupa tentang had-had dan batas-batas yang ditetapkan
oleh Islam.
Apabila ditonjolkan pakaian secara Islam yang menutup aurat, mereka
terkejut. Pakaian yang mengikut sunnah , mereka tidak tahu. Pada
masa yang sama, mereka memandang amalan poligami itu hina walhal
ianya satu amalan yang mulia dan merupakan salah satu syariat Islam
dan menjadi amalan Rasulullah. Malahan poligami ialah tradisi bagi
orang-orang soleh. Sebaliknya tidak pula dipandang salah atau hina
apabila muda mudi bergaul bebas atau berjalan berdua-duaan ke sana
ke mari. Dadah, arak zina dan judi yang berlaku di tengah-tengah
masyarakat dipandang ringan dan dianggap sebagai perkara biasa atau
sebagai masalah individu dan orang lain tidak perlu masuk campur
atau ambil pusing.
Itu belum lagi diperkatakan tentang berekonomi secara Islam yang
menentang penindasan, riba, monopoli dan pembaziran yang sangat
berbeza dengan sisitem kapitalis yang diamalkan hanya mementingkan
untung berlipat ganda. Ataupun soal pelajaran dan pendidikan Islam
yang membawa kepada Tuhan dan bukan kepada kebendaan. Atau soal
kebudayaan Islam yang membawa kesedaran dan membina kehalusan akhlak
manusia dan bukan melalaikan, merosakkan akidah, akhlak, moral dan
yang memudahkan pergaulan bebas muda-mudi dan penggunaan dadah.
Sistem social Islam yang berkasih sayang, bertolong bantu, kuat
menguatkan, bersatu padu, penuh dengan kebajikan, kesejahteraan dan
keselamatan serta bukan system social yang menindas dan menekan,
hidup nafsi-nafsi, yang kuat timbul, yang lemah tenggelam seperti
kehidupan haiwan di belantara atau seperti pokok di hutan yang
berebut-rebut meninggalkan pucuk masing-masing untuk mendapatkan
cahaya matahari. Dan juga system pentadbiran Islam yang
menyatupadukan umat, yang adil , yang bebas dari krisis, pilih kasih
dan perebutan kuasa, yang melagangkan ketuhanan dan bukan ideology
ciptaan manusia dan yang mementingkan pembangunan insane dan
kerohanian lebih daripada pembangunan material. Sudah begitu jauh
cara Islam umat Islam kini dari cara hidup Islam yang sebenar. Cara
hidup musuh dianggap Islam, cara hidup Islam dipandang serong,
dimomok dan dikatakan ketinggalan zaman.
Untukmenebus kembali maruah umat Islam yang sudah punah ranah ini,
untuk membawa` umat Islam kembali ke mercu kegemilangannya dan untuk
menjadikan umat Islam itu pewaris bagi bumi Allah ini, maka kita
perlu tingkatkan amalan Islam kita ini. Kita perlu hidupkan semula
segala amalan-amalan Islam yang telah lama kita tinggalkan dan kita
lupakan. Umat Islam perlu kembali kepada amalan-amalan Islam yang
sebenar.
Kalaulah amalan Islam kita pada hari ini diibaratkan hanya satu
dari sepuluh ilmu Islam yang ada, marilah kita tingkatkan amaln kita
itu kepada 2, 3, 4, 5 dan seterusnya setakat mana yang kita mampu.
Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Kalau tidak ada ketiga-tiga
perkara ini, Islam tidak akan terlaksana. Islam hanya akan menjadi
seperti benih yang belum ditanam. Pokoknya tidak ada. Kalau pokok
Islam tidak ada, masakan kita dapat nikmati buahnya yang enak, lazat
dan manis. Dengan ketiga-tiga perkara ini juga, Islam kita akan
bertambah syumul dan bertambah syumul. Di atas kesyumulan inilah
letaknya nikmat, rahmat dan keampunan Tuhan.
“Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah”
Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.
Kalaupun tidak sampai memusnahkan aqidah, namun mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya. Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini sangat ‘toleransi’ terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dalam acara tertentu. Agama menjadi aktiviti bermusim dan menjadi agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan.
Agama tanpa penghayatan yang bukan lagi cara hidup memang sudah sangat ketara di kalangan umat Islam. Cuba kita teliti atau hitung, dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan.
Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di Akhirat. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan, membenteng diri daripada ditembusi aqidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.
Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat. Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat-jahat manusia kepada ‘khairunnas’ - sebaik-baik manusia.
Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zaman mana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa dan keturunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, iaitu:
Pertama:
Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman. Mungkin itu sekadar boleh mengsahkan iman semata-mata. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu itu seperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka.”
Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa.
Kedua:
Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan Akhirat yang jauh lebih baik dan utama. Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan Akhirat. Bermula dari alam Barzakh maka bermulalah era baru kehidupan manusia. Yang bakal ditempuh adalah suatu alam baru tanpa dapat difikirkan dan dikhayalkan. Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai alam Akhirat. Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak berfungsi sedikit pun.
Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realiti dinisbahkan Akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.
Menyedari hakikat bahawa hidup ini terlalu amat singkat berbanding Akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu saja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sekelumit ini. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya takut kepada penderitaan yang sekelumit ini. Tentulah tidak sanggup berlalai-lalai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat, dan terlepas dari nikmat Syurga yang tidak dapat dibayangkan.
Hadis Qudis ini menjadi pegangan hidup mereka dalam berbuat apa saja, iaitu:
“Janganlah kamu pandang kecilnya kesalahan yang kamu buat, pandanglah kepada siapa kamu berbuat iaitu kepada Allah.” Sekecil-kecil kejahatan ada dosa, dan Nerakalah balasannya.
Mereka menjadi orang yang memburu dan berlumba berbuat baik. Dalam pada itu dosa kecil yang mereka lakukan, mereka merasakan seperti gunung hendak menghempap kepala”.
Pencinta, pemikir, petugas masyarakat dan siapa saja yang idamkan umat yang sejahtera, dua aspek ubat Rasulullah SAW ini sudah cukup sebagai modal mengubat penyakit sosial. Inilah modal asas dan utama yang boleh menjadi penyelesaian kepada apa jua jenis penyakit.
Merasakan dirihina itu satu sifat yang mulia. Ia satu dari sifat kehambaan. Ia timbul dari merasakan bahawa Tuhan itu Maha Mulia. Merasakan Tuhan itu Maha Mulia ialah satu dari rasa-rasa bertuhan. Sebaik sahaja kita dapat merasakan Allah itu Maha Mulia, maka dengan secara spontan kita akan merasakan bahawa diri kita itu terlalu hina di sisi-Nya.
Lawannya ialah rasa diri mulia. Ini satu sifat yang tercela. Rasa diri mulia bukan satu sifat kehambaan tetapi ia lahir dari sifat ketuanan yang bersarang di hati kita. Kita rasa kita tuan. Kita rasa kita lebih dari orang lain.Rasa diri tuan itu syirik khafi (syirik tersembunyi) hukumnya. Kita sudah hampir hendak menyamakan kedudukan dan taraf kita dengan Tuhan. Kita hendak pakai apa yang menjadi pakaian Tuhan. Ia tumbuh dari sifat kibir, ego, angkuh dan sombong.
Sifat kibir, ego, angkuh atau sombong ini, semua orang ada. Hanya ada yang kuat mengawalnya dan ada yang lemah mengawalnya. Kibir atau ego ini ibarat harimau yang sedang tidur. Bagi orang yang kuat mengawalnya, kalau dicabar, harimau itu akan terjaga tetapi ia tidak menerkam dan tidak membaham mangsanya. Tetapi bagi orang yang lemah mengawalnya, kalau dicabar, akan marah dan akan bertindak terhadap orang yang mencabarnya.
Lebih hina kita rasakan diri kita di sisi Tuhan, maka lebih tajam dan lebih mendalamlah sifat kehambaan kita dan lebih tinggilah darjat kita di sisi Tuhan. Sebaliknya, lebih mulia kita rasakan diri kita, maka rosaklah sifat kehambaan kita dan hinalah kita di sisi Tuhan.
Hina diri itu ialah amalan hati. Tidak payah disebut-sebut dan tidak payah ditunjuk-tunjuk. Kalau disebut-sebut, takut-takut ianya bukan datang dari hati. Ini sum’ah namanya. Kalau ditunjuk-tunjuk dan ia bukan datang dari hati, maka ini riyak pula namanya.
Di dalam kita menghina diri, tidak payah kita tunjuk kotor seperti menyapu kotoran atau najis ke tubuh badan kita contohnya. Ini sudah jatuh haram. Ramai orang tunjuk kotor seperti peminta sedekah dan kaki dadah tetapi hati-hati mereka penuh dengan ego dan keangkuhan. Mudah sahaja mereka ini menipu manusia dan berbuat maksiat kepada Tuhan.
FIKIRKAN LAH BERSAMA SAMA...
KEMANA HILANGNYA KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA
MENGAPA dunia hari ini begitu kacau? Mengapa penghuninya berbeda-beda dan berpecah belah dalam berbagai kelompok bangsa, negara, agama, bahasa, budaya, wama kulit dan taraf hidup? Sedangkan semuanya adalah manusia. Berasal dari Adam dan Hawa.
Mengapa manusia ini tidak berada dalarn keadaan berbaik-baik, saling kenal, berhubungan, mempunyai rasa bersarna, bekerjasama, bersatu dan hidup bagaikan saudara? Sedangkan perasaan dan keperluan mereka adalah sama.
Mengapa hubungan antara negara dengan negara dipisahkan oleh jurang yang cukup besar? Sehingga penuh ketegangan, curiga-mencurigai, krisis dan peperangan? Mengapa antara negara dengan negara terdapat dinding besi yang memutuskan hubungan dan sulit bagi penduduk untuk saling ziarah-menziarahi. Bahkan negara yang bertetangga pun saling tidak kenal-mengenal, bersengketa dan bermasalah. Sehingga rakyat antara dua negara yang bertetangga saling tidak tahu-menahu bahwa mereka punya tetangga yang banyak, yang juga manusia seperti mereka. Dan mengapa dalam satu negara pun manusia tidak merasa seperti berada dalam satu keluarga besar? Sedangkan pemimpinnya adalah satu dan negara itu milik bersama. Bahkan sebagian negara mempunyai bangsa, budaya, agama dan bahasa yang sama.
Kemanakah hilangnya rasa bersama dan sikap bekerjasama? Hingga hiduplah manusia nafsi-nafsi (individualis) tanpa mempedulikan dan tidak mahu tahu tentang saudara senegara yang lain.
Demikianlah manusia kehilangan panduan untuk bekerjasama, tolong menolong demi kesempurnaan dan keperluan hidup bersama diantara benua-benua, negara-negara dan individu-individu. Supaya masyarakat manusia berbeda dengan masyarakat hewan dan tumbuhan, dapat hidup penuh harmoni dan bahagia, mengecapi keselamatan dan keamanan sejagat!
Kunci dari perpaduan manusia sejagat adalah kasih sayang. Setiap orang ingin dikasihi. Manusia walau apa bangsa, bahasa, agama dan warna kulit serta dimana saja dia berada, dengan berbagai taraf kedudukannya ditengah masyarakat, dia dilahirkan dengan sifat ingin dikasihi dan suka berkasih sayang. Kalau seseorang terasa diberi kasih sayang oleh orang lain, sekalipun orang itu bukan sebangsa dan seagama dengannya, dia akan suka, jatuh hati dan jinak dengan orang tersebut.
Seorang pemimpin yang sedang mengganas, kalau disiram dengan kasih sayang oleh rakyat dan pengikutnya, akan jadi jinak dan lunak. Seorang ayah yang liar, kalau diberi kasih sayang oleh anak-anak, akan malu, jinak dan berlemah lembut. Demikian rahasia manusia ini. Lahir bersama hati yang ingin dikasihi. Inilah yang dikatakan 'fitrah'. Kasih sayang akan mendekatkan benua dengan benua, negara dengan negara dan mengikat manusia menjadi bersaudara sekalipun berlainan bahasa, bangsa, agama, budaya, warna kulit, berlainan kedudukan dan lain-lain lagi. Rasa ingin dikasih dan cetusan kasih sayang yang demikian, yang ada dalam hati setiap makhluk yang dipanggil manusia ini, adalah rasa yang dibekal dan dianugerahkan oleh ALLAH sejak sesemang itu dilahirkan. ALLAH yang mencipta dan melahirkan manusia ke dunia, telah membekalkan kepada setiap manusia rasa kasih sayang tanpa perlu mempelajarinya, tanpa meminta dan tanpa diusahakan. Ia wujud bersama wujudnya manusia itu. Ia disebut dengan rasa fitrah. Semua manusia memilikinya, baik itu laki-laki atau perempuan, pemimpin atau pengikut,ibu bapak atau anak-anak, suami atau isteri, guru atau murid, tidak memandang bangsa atau agama sekalipun.
Melalui rasa menginginkan kasih sayang ini, manusia hakikatnya adalah sama dan satu. Rasa ingin disayangi itu adalah rasa sejagat. Ia meletakkan manusia sebaris dan tidak ada perbedaan. Jalinan rasa ini, kalau terjadi di antara sesama manusia, akan menjadikan manusia berpadu dan bertimbang rasa. Dan hal ini sepatutnya terjadi karena memang ia merupakan tuntutan dan keperluan setiap jiwa. ia adalah hak asasi batiniah manusia yang wajib ditunaikan. Tiada manusia yang tidak memerlukannya. Tanpanya, manusia akan hilang bahagia. Anak-anak hilang bahagia kalau tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapak. Demikian juga ibu bapak akan menderita kalau anak-anak tidak sayang pada mereka. Murid-murid tidak bahagia kalau guru tidak memberi kasih sayang. Sebaliknya guru menderita kalau murid-murid tidak menyayanginya. Isteri menderita kalau tidak disayangi oleh suami. Suarni menderita kalau isteri tidak sayang padanya. Seterusnya, pemimpin ingin disayangi, begitu juga pengikut. Kawan ingin dikasihi, demikian sebaliknya.
Pendeknya manusia ini, walau siapa pun dia, mengharap orang lain mengasihinya. Dia akan menjadi bahagia kalau disayangi. Sebaliknya dia akan menjadi hampa dan kekosongan jiwa kalau orang tidak mengasihinya. Tetapi sungguh malang sekali nasib manusia saat ini, karena meraka telah tidak mendapatkan apa yang diingini dan diperlukan selarna ini. Suami yang ingin dikasihi tidak mendapatkan kasih sayang dari isterinya. Demikian juga isteri tidak mendapat kasih dari suarni, karena suami dan isteri sama-sama tidak pandai memberi kasih walaupun kedua-duanya mengharapkan kasih antara satu sama lain.
Inilah penyakit manusia sedunia, yang menyebabkan mereka hidup dalam keadaan gelisah, tegang, emosional dan kecewa hingga ada yang bunuh diri. Sekalipun dia orang kaya atau banyak ilmunya atau berpangkat tinggi, manusia mengharap dia dikasihi tetapi dia sendiri tidak pandai mengasihi orang lain hingga karena itu dia pun tidak dikasihi.
Bila sesorang itu melakukan sesuatu yang menyebabkan orang lain merasa tersinggung maka kesannya orang lain juga turut tersinggung, hilang rasa simpati dan tidak menghargainya. Maka rasa sakit hati dan benci-membenci akan terjadi terus-menerus dan berkepanjangan. Hingga akhirnya, kasih sayang lenyap sama sekali.
Oleh itu, sangat penting sekali kita usahakan agar kita disayangi, sekaligus menyayangi. Kalau kita seorang anak, usahakan kita disayangi oleh ibu bapak. Kalau kita ibu bapak, usahakan anak-anak sayang pada kita. Dengan sebab itu akan wujudlah dalam satu rumah, orang tua sayang pada anak-anak dan anak-anak sayang pada orang tua. Kalau kita suami, usahakan agar isteri kita sayang pada kita. Kalau kita isteri, usahakan agar disayangi oleh suami. Kalau kita guru sekolah, usahakan agar disayangi murid-murid. Murid-murid pun usahakan agar guru menyayanginya. Pemimpin wajib mengusahakan agar pengikut kasih padanya. Pengikut pun mesti mencari jalan agar pemimpin mengasihinya.
Dalam satu kampung atau negeri terdapat masyarakat majmuk, supaya wujud perpaduan dm keamanan nasional, setiap bangsa sepatutnya mengusahakan agar disayangi oleh bangsa lain. Bila ada usaha dari setiap pihak untuk mengisi keperluan fitrah secara dua arah, maka masing-masing akan merasakan kesenangan dan ketenangan hidup. Dan sana akan timbul pula rasa bersama dan sikap bekerjasama. Maka akan terbinalah masyarakat dan tamadun (peradaban) yang selamat dan menyelamatkan, insya-ALLAH. Masyarakat yang saling berkasih sayang, tentu akan saling maaf memaafkan bila terjadi salah dan khilaf.
Kekhilafan masing-masing tidak diperpanjang, tidak dibesar-besarkan dan tidak menjadi satu masalah. Masing-masing akan bertenggang rasa, dapat berbagi rasa, bahkan sanggup untuk mengutamakan orang lain dari kepentingan sendiri. Krisis dan permusuhan kalaupun terjadi dalam masyarakat, sedikit sekali. Penyakit hasad dengki, jatuh-menjatuhkan, tekan-menekan, tipu-menipu, menganiaya, prasangka, kerusuhan, peperangan demi peperangan, insyaALLAH akan dapat diatasi atau setidak-tidaknya berkurang dengan adanya kasih sayang tersebut.
Itulah masyarakat aman, makmur dan harmoni yang kita idam-idamkan. Dalam A1 Quran, ALLAH menyebut:Negara yang amn makmur dun mendapat keampunan ALLAH. (Saba': 15)
Itulah dunia yang disebut Syurga. Yakni syurga sementara (Al jannatul 'ajilah). Kalau manusia berjaya membina syurga di dunia ini, ada harapan baginya untuk mampu mengusahakan Syurga selepas meninggal nanti. Sebab Syurga di Akhirat lebih susah lagi mendapatkanriya. Kalau syurga di dunia pun tidak diperoleh, jangan harap hendak mendapat Syurga di Akhirat nanti. Jadi sekarang mari kita fikirkan dan usahakan syurga dunia. Dunia hari ini belum lagi menjadi syurga bahkan hampir seperti neraka. Dunia dipenuhi cerita perang, pembunuhan, penindasan, penzaliman, kemungkaran, kemsuhan dan maksiat. Kebaikan kurang sekali, kasih sayang hampir tiada, manakala keadilan, keamanan, keselamatan dan kebahagiaan pupus. Itu bukan syurga namanya!
Jiwa manusia tersiksa karena tidak diberi makan. Tetapi kalau kemiskinan lahir saja yang dirisaukan sedangkan kelaparan jiwa tidak diatasi, maka terjadilah kehidupan yang tidak seimbang. Lahir dan batin tidak seiring atau sejalan lagi. Pada lahirnya manusia bergaul, bermasyarakat dan saling memerlukan tetapi hati mereka masing-masing kosong, berpecah-belah dan berburuk sangka, menyimpan dendam, dengki, benci, bakhil dan lain-lain.
Di dalam A1 Quran dinyatakan: Kamu lihat mereka bersatu padu tetapi hati mereka berpecah-belah. (A1 Hasyr 14)
Jadilah manusia bekerja tetapi dalam keadaan terpaksa, bergaul dan bermesra secara terpaksa, bertugas secara terpaksa, ikut aturan secara terpaksa. Lahirlah masyarakat yang hidup berpura-pura sebagai akibat dari sakit jiwa yang telah melanda kehidupan lahiriah manusia.
Bilamana manusia bekerja dengan terpaksa, hasilnya akan mengecewakan. Pembangunan dan kejayaan tinggal seruan kosong. Masing-masing memikirkan kepentingan sendiri yang tidak selesai-selesai hingga rakyat dan masyarakat terbiar tanpa perhatian dan pembelaan.
Itulah yang sedang terjadi sekarang. Menyedari hakikat itu, marilah kita semua berjuang dan berkorban untuk membina kembali kehidupan berkasih sayang. Mari kita renungkan mengapa orang tidak sayang pada kita dan kita pun tidak sayang pada orang lain. Mengapa orang marah pada kita dan kita pun marah pada orang lain? Mengapa orang benci pada kita dan kita pun benci pada orang lain? Bagaimana hendak memperjuangkan kasih sayang diantara sesama manusia? Kuncinya adalah memperjuangkan Tuhan sehingga Tuhan dijadikan tujuan, dicintai, ditakuti dan dirindui . Maka secara otomatik akan timbul kasih sayang diantara sesama manusia.

SELAMILAH HATI MU
Bukan sahaja harta kekayaan, banyak lagi keistimewaan lain yang diperolehi dengan mudah. Ini termasuklah populariti, sanjungan privacy dan masa bersantai. Ke mana pergi disambut dan diistimewakan. Seolah-olah bergelar pemimpin itu satu tiket untuk memenuhi keinginan dirinya.
Sekiranya kepemimpinan itu diperhitungkan pada aspek lain, umpamanya tanggungjawab, amanah, tugas, beban, dan khidmat nescaya ramai pula yang kecut perut dan menghindarkan diri dari kepimpinan. Andainya rakyat ramai, kebajikan, keperluan, kasih sayang, keselamatan, keselesaan yang mesti dipenuhi oleh pemimpin, nescaya tiada yang sanggup untuk berebut dan menawarkan diri. Terutamanya apabila memikirkan seluruh tanggungjawab tersebut bakal dihisab oleh Allah SWT satu persatu secara terperinci di Akhirat kelak.
Siapa yang layak menjadi pemimpin? Iaitu orang yang memiliki ciri-ciri kepimpinan dan sanggup meletakkan diri seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dengan sabda baginda maksudnya: “Pemimpin suatu kaum itu adalah khadam bagi mereka (kaumnya).” (Riwayat Abu Naim)
Khadam merupakan seorang yang mengabdikan diri, merelakan diri memberi khidmat dan melayani tuan atau majikannya. Khadam sentiasa bersedia memikul beban tugas sehingga majikannya puas hati. Khadam itu sendiri akan merasa puas sekiranya segala khidmatnya sempurna tanpa mengharapkan sebarang balasan, habuan dan penghormatan. Bagi dirinya, cukup sekadar memilik keperluan hidup dan dapat menjamin kelancaran tugasnya tanpa sebarang gangguan. Dalam konteks pemimpin (khadam) maka tuan atau majikannya ialah rakyat ramai!
Bagaimana jiwa seorang pemimpin? Iaitu umpama jiwa Saidina Umar Ibnu Khattab apabila beliau berkata: “Andainya seekor kambing berjalan mencari makan dari Madinah ke Kufah dan patah kakinya dipinggir Sungai Dajlah lalu mati lantaran jalannya rosak, aku takut Allah SWT akan pertanggungjawabkan ke atas aku di Akhirat kelak.”
Kalau sekadar seekor kambing yang patah kaki dan tidak dapat mencari makan tentu tiada pemimpin hari yang ambil hirau. Buktinya, rakyat merintih, keluh kesah dan akhirnya merusuh kerana kesukaran hidup, pun tiada pemimpin yang rasa bersalah. Andainya pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyat, tentulah sudah dapat dikesan semenjak 30 atau 40 tahun yang lampau dan bertindak mencari penyelesaian. Tentulah tidak ada rakyat yang mati di Selat Melaka kerana bot pancungnya pecah dipukul gelombang.
Kemajuan mesti dicapai. Teknologi perlu dicanggihkan. Ekonomi wajar meluncur lebih pesat. Produktiviti perlu ditingkatkan. Untuk apa itu semua? Semuanya sebagai alat yang dapat membantu mentaati Allah SWT. Dan bertujuan untuk memberi kesejahteraan kepada kehidupan umat. Itu idealismanya. Realitinya pula bagaimana? Mengapa kemajuan semakin tinggi dicapai, ekonomi semakin pesat,teknologi semakin canggih tetapi Allah SWT semakin dilupakan? Hidup semakin tegang, keluh kesah, kusut dan masih ramai yang terbiar tanpa pembelaan. Rakyat terpaksa bangun dan bertindak ganas untuk menyedarkan pemimpin.
Marilah kita menoleh sejenak kepada figur-figur contoh. Peribadi kepimpinan yang membayangi peribadi Uswatun Hasanah iaitu Rasulullah SAW. Hasil buah tangan didikan Rasulullah SAW itu maka lahirah Khulafa` Ar Rasyidin.
Jangan lagi ada suara sumbang bernada sinis, “Hendak ikut mereka naik unta, makan tamar dan bersenjatakan pedang.”
Jangan lupa bahawa mereka adalah orang yang telah berjaya dan termaktub dalam sejarah. Sebahagian mereka telah dijamin memasuki syurga, ertinya Allah SWT telah redha ke atas mereka dan cara mereka. Andainya mereka tidak betul tentulah tiada jaminan Syurga ke atas mereka.
Dalam Islam, tanggungjawab seorang pemimpin memanglah berat. Bahkan ciri-ciri untuk menjadi pemimpin itu juga perlulah ada terlebih dahulu dan bertepatan dengan kehendak Islam. Dalam Islam, menjadi pemimpin itu bererti bukan sekadar menjadi ketua tetapi menjadi seperti seorang ayah, ibu, guru dan lain-lain. Tanggungjawabnya berat dan akan ditanya oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Menjadi pemimpin bukanlah peluang untuk mencari harta dengan sebanyak-banyaknya malah ia merupakan satu amanah yang tidak boleh disia-siakan. Oleh sebab itu, seorang pemimpin yang tidak bertaqwa akan mudah terperangkap dengan tipuan dunia dan hasutan syaitan serta nafsu dalam mengejar jawatan, kuasa dan harta.
Rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang kuat perlu ada di dalam diri pemimpin agar jawatan, kuasa dan amanah yang diberikan kepadanya itu digunakan untuk mencari redha Tuhan dalam menjalankan tanggungjawabnya kepada manusia.
dunia, tetapi ia juga akan menghantui kita di akhirat
nanti. Di dunia, hidup kita jadi porak peranda dengan seribu
satu masalah. Di akhirat pula, kita bakal diheret ke dalam api
neraka untuk diazab dengan seribu satu jenis siksaan Tuhan
yang begitu menakutkan. Lantaran itu, kita wajib mencari jalan
untuk selamat daripadanya. Ia bukan satu persoalan yang
melibatkan golongan pemimpin sahaja, tetapi juga setiap
individu yang bergelar hamba Allah di muka bumi ini.
Untuk selamat, kita mesti mencari pemimpin yang bertaqwa.
Allah yang Maha Pengasih itu sudah tentu tidak akan
membiarkan hamba-hamba-Nya kehilangan punca. Di setiap
zaman, Tuhan ada menyiapkan 'orang-orang-Nya' yang menepati
kriteria pemimpin yang bertaqwa ini. Hanya mereka,
yakni orang-orang Tuhan ini yang benar-benar faham tentang
masalah manusia kerana mereka diberi faham oleh Tuhan yang
merupakan Pencipta manusia yang Maha Bijaksana. Dan hanya
mereka yang mampu menyelesaikan masalah manusia
kerana mereka bergantung kepada kekuatan Tuhan dan bukan
kekuatan makhluk-Nya yang sangat terhad itu. Ibarat anak-
anak bergaduh dan berkrisis sesama mereka, bukankah orang
tua mereka yang lebih mampu mendamaikan?
Kita, manusia biasa yang lemah ini tidak perlu bersusah payah
memerah otak memikirkan cara untuk menyelesaikan
gejala sosial kerana kita bukan orang yang selayaknya. Bila
bukan kita orang yang Tuhan kehendaki dan izinkan untuk
menyelesaikan masalah masyarakat ini, walaupun wang
berjuta ringgit dibelanjakan, tenaga yang begitu banyak dikerahkan
dan apa juga usaha lain yang dijalankan, masalah
ini semakin lama menjadi semakin runlit, semakin kronik. Dan
inilah senario yang sedang melanda masyarakat kita. Semakin
lantang suara yang memperkatakan tentang gejala sosial,
semakin meningkat pula masalah dadah, bohsia, rogol, pembunuhan,
pencabulan, pecah amanah, pergaduhan, vandalisme
dan lain-lain lagi. Apakah ini bukan bukti yang cukup
nyata?
Sebenarnya, laluan yang Tuhan berikan untuk kita selamat
dari gejala sosial ini cukup mudah. Kita hanya perlu mencari
pemimpin yang bertaqwa dan bernaung di bawah kepimpinannya.
Cuma persoalannya, sudahkah kita benar-benar
mencari pemimpin tersebut?
Tuhan Adalah Pelindung.
Rasakan dan yakinlah bahawa Tuhan adalah Pelindung, Penjaga, Pengawal dan Penyelamat. Tapi Tuhan boleh melakukan apa sahaja ke atas diri kita. Namun Dia Maha Suci daripada menzalimi. Di sinilah kita perlu takut kepada-Nya. Tuhan adalah Maha Pengasih dan Penyayang kepada makhluk-Nya.Terutama kepada manusia sebagai hamba-Nya. Oleh itu jangan berputus asa daripada meminta kepada-Nya.
Tidak ada siapa yang boleh menandingi kasih dan sayang Tuhan. Namun Tuhan bila-bila masa boleh murka kepada hamba-Nya. Tapi penuh berhikmah dan mengandungi pengajaran.
Mintalah kepada-Nya apa sahaja.Kerana Tuhan itu adalah Maha Kaya. Tapi ingat! Dia memberi dengan penuh bijaksana tidak semberono.Tuhan Maha Adil dengan makhluk-Nya.Terutama kepada manusia sebagai hamba dan khalifah-Nya. Oleh itu bersabarlah ketika meminta kepada-Nya dan berbaik sangkalah kepada-Nya.
Namun Dia adalah Hakim yang menghukum. Tidak kira kepada siapa sekalipun saja. Tapi Tuhan tidak berdendam. Ia melakukannya dengan sifat keadilan-Nya kepada makhluk-makhluk-Nya
Begitulah di antara sifat-sifat Tuhan yang mesti kita mengetahui.Makin kita kenal Tuhan. Semakin indah kita rasa bertuhan.Semakin kita kenal Tuhan. Semakin cinta dan takut kita kepada Tuhan. Makin kita kenal Tuhan. Terasa sangat kita memang perlu kepada Tuhan.Kerana itu kenalilah Tuhan. Agar kita rasa indah bertuhan dan rasa bertuhan.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya, cuma mungkin kita tidak dapat melihatnya. Ketika ujian menimpa inilah sepatutnya kita semakin rapat dengan Tuhan dan bergantung harap kepada-Nya.
Al-Quran dan Hadis.
Semoga Berkat Bacaan dari ;
1)Surah Al-Mulk ;Ayat Perinagtan dari Allah swt ini
2)dgn disertai Paparan wasiat dari Rasulullah saw
dapatlah membuka minda dan berlapang dada penentuan yg "DIHAJATI"
utk semua Rakyat dan ummah Gemilang.. bagus2
Prosedur/ komunikatif aktif nya adalah dari;
1)Solat Taubah
2)Istikharah
3)Hajat
4)maka Istiqamah Subhaanallaah
5)Bersyukur alhamdulillaah
5)Redha dari segala yang telah Allah tentukan...
Kenyataan dan Kebenaran penuh kepatuhan dan keikhlasan kepada Alah swt .diatas Doa-doa Ulamak Muttaqiin/Assodiqin dan Umara' Solihin.
