koleksi coretan ku...
kata kata ku
Di situ ada hati teruja
ada hati tak pernah berkata
ruang himpun seribu makna
erti kesayuan sebuah 'cinta'
kasih tercipta.............
Di ruang sepi yang menggoda
Di sana ada rasa
jiwa dipukul kasih, genggam setia
ruang rindu luahan bicara
makna kehibaan sebuah 'cinta'
kasih tercipta..............
Walaupun tidak dilafazkan
di hati tersimpan segala kenangan
di sana masih terbentang jalan
kasih dan sayang kan terpahatkan
Buatmu yang tak pernah dilupakan
terima kasih atas segala pengalaman
yang terbina antara kita
Kasih tercipta.................
Jiwa yang gagal

bahtera hati terdasar resah
layari sanubari terentak basah
kesayuan,kepedihan, keterlukaan
berbaur aduk kecelaruan
terbias lari dari landasan
kisah berkisah berlagu kehidupan
menujah langit tinggi di awan
jiwa yang mati...dalam kegagalan
Jalani liku-liku berduri
tempuhi onak ranjau di laluan yang sepi
rentasi badai di laut...di situ sunyi
aku berteleku di sini..

Kabur penglihatan
dalam redup kegelapan
menyuluh sinar kehambaran
di satu lorong kepekatan
yang likat kesesatan...
Cahaya terang
terjah sinar yang malap
hitung semua rasa penat
terdampar di sini
aku tergugat...
Terokai dunia baru
pacak hati yang bisu
tebar azam yang jitu
terang gelap bersatu
Itu aku...
Cuma Ada Kamu
Tertoleh, terpandang, terlihat
pun jua satu kelibat
tak bisa meruntuhkan
rasa lelahku
mengingatimu...
Terbuang, terlempar dan terlontar
pun jua satu kesakitan
tak bisa menindih
rasa keperitanku
mengenagmu..
Terdasar di hati ini
cuma ada kamu....

Walau diterjahi terangnya bulan
dipanahi sinarnya si suria
bumi masih berpusing
bermakna aku masih berjalan
masih menuju jalan yang berliku..
Adakala segala yang dilalui
penuh luka berduri
aku masih di sini
berterima kasih
pada yang ikhlas dan sudi..

Dulu..
Bila engkau ucap cinta bagai nak runtuh kalbu sidia
Bila engkau belai lenanya bermimpikan bidadari
Bila engkau puji langit turut terangkat jauh
Bila engkau senyum bagai mengundang seribu pari pari
Sekarang..
Bila engkau ucap alamat talak sepoluh sedang membara
Belai engkau belai terasa kulit disiat siat
Bila engkau puji penuh racun dari madu
Bila engkau senyum jelas tampak wajah hipukritmu
Selamanya..
Selamanya aku tak pernah percaya orang ini
Nak tau siapa orangnya
di sini ada jawapannya
Sukma mu terlalu sukar untuk di tawan
ingin mu terlalu payah dimengerti
tatap mu penuh sejuta misteri
iman mu sehebat Rabiatul Adawiyah
mata mu pelebur seribu duka
angun mu membunuh ego kelelakian ku
rahsia di balik tirai takwa ada pada mu adalah harapan
istiqamah dalam diri mu perempuan
adalah anugerah kehidupan
mengertilah ia adalah kehebatan
abdikan diri mu pada NYA
bukan semua dalam hidup ini indah
dunia tetap akan tinggal siapa pun kita
genggam apa yang ada pada diri mu
hari-hari yang berlalu tak kan kembali
anyamlah harapan seindah sulaman mayang
fana dunia ini penuhi dengan kalimah memuji NYA
fitrah kehidupan hanya inginkan yang indah-indah
aku tetap mengasihi, merindui walau dari jauh hai...perempuan
rencah nya hidup "tak semua yang kita inginkan kita miliki".
yakinlah pada diri
apa yang ada pada diri mu perempuan
adalah satu kelebihan buat kami lelaki.

Ini jalan ku pilih
Pasti ada ranjaunya
pasti ada onaknya,
menggaris antara suka dan duka,
antara dosa dan pahala.
Bukankah jalan ke syurga itu peduh onarnya,
dan ke neraka jutaan manisnya,
Ini jalan ku pilih,
Untuk ke destinasi abadi.
Pasti.
bunga pasrah yang tiada penghujungnya

telah lama ku patri
kepasrahan dalam diri
biar pun ujian ilahi
melanda setinggi gunung
ku tetap selam erti pasrah
dalam redho yang tak bertepi
telah lama jua aku mengerti
bahawa tidak indah kehidupan
tanpa pengorbanan
tanpa kepasrahan pada tuhan
ku renung kembali
kisah2 lama
perjalanan hidupku ini
x pernah bhenti
dari duka dn gmbira
yg bsilih ganti
bagai putaran roda
tanpa kepasrahan
siapalah aku utk mhadapi
onak duri ranjau ini...
dgn kesabaran dan kegigihan
telah jua kusemadikan
rasa sesal yang melanda di jiwa
agar aku bisa kemudikan layarku
dan taburkan bunga tawakal
serta sirami ia
dgn bunga pasrah
yang tiada pengujungnya

bukan ombak yang menggila
menerjah daratan memusnahkan
segala di haluan
tapi ia badai yang menggemparkan
memusnahkan jiwa yang alpa
yang selama ini mabuk dengan kuasa
mandat di beri bukan untuk berbakti
tapi membena keegoan diri
tidak pernahkah terfikir di minda
satu tangan yang memberi
bukan untuk menjadi tuan kepada kami
bukan untuk cakap berdegar tapi ekor
bergelumang tahi
kami ingin kamu menjadi suara untuk kami
membela nasib bangsa
yang kian tersepit di putaran masa
tapi kamu bermegah dengan rumah mewah
berkereta import
sedang kami masih di takuk lama
yang sawah ke sawah
yang menoreh tetap begitu
penjaja tersepit di lorong lorong kelam
perut tetap minta di isi
sedang duit semakin kecil nilainya
anak anak tidak lagi memandang
pada sekeping siling 10 sen
tiada apa yg dapat di beli
nak masuk tandas pun tidak di bagi .
Gelombang ini.
bukan kerana kami benci
tidak sekali menderhaka
cuma dengarlah rintihan kami
anak peribumi...
jika selalu sangat di injak
sesekali tangan ini hendak jua menyepak
Tsunami ini..
bukan kerana mereka sudah semakin gagah
atau kita semakin lemah
tapi luahan hati kami yang gelisah.
"Pertaruhan di Hujung Menara" Jauh..
Kembara menyusur jalan halangan
Menjejak busur perjalanan
adakala termuntah pada paksi cabaran..
Hidup masih terus dibuktikan
biar payah dalam gelombang resah
biar pedih dalam jiwa yang basah..
Jauh..
Hitung panjang kehidupan
Menentang arus melawan pertaruhan
Di hujung menara
sebagai persinggahan
Sebenarnya hidup satu perjuangan
yang masih jauh untuk diabadikan............... ---------- ----
detik terakhir![]() |
Jika hari ini..... |
sayap kecilku
meski akulah
pengganggu langkahmu
sore itu.
aku sekadar diutus
sebagai saksi kerdil
bahawa rumpun kesabaran
masih mekar
di taman hatimu.
hakikat harapan (memujuk sera)
yang diberi
apa yang kita tidak harapkan
yang kita harapkan
tak kunjung tiba.
kalau tiap yang diharapkan
terus menjelma
samalah dunia
dengan syurga.
kita hanya penjaga
buat sementara.
namun usahlah lupa
pada janji kita
bahawa segala pantang
yang sudah aku tentukan
tak akan kau mungkiri
meski apa jua terjadi.
usah cepat lupa daratan
bahawa akulah yang menentukan
dirimu sebagai pengganti
menjaga kebun ini.
"katak seekor jangan kau buang
meski bisingnya mengalahkan kuang
jebat seorang usah kau sentuh
biarkan terpasung di pokok buluh
titian bengkok usah dilurus
apa lagi membuang terus."
ingat
jika kau mungkiri jua
akan ku berak merata-rata
hingga semua orang berkata
bahawa aku sudah gila!
PERGI
semoga
dia benar-benar telah pergi
dan tidak lagi kembali.
andai sesekali
dia datang mengintai
biarlah hatinya turut ceria
seperti kita.
ini hanya permaianan maya
yang kita cipta bersama.
andai permainan ini
membuat kita berduka
segeralah kita kembali
ke alam realiti.

SUARAKANLAH II
Suarakanlah
biar pahit sekalipun
dalam pasrah diri di sejadah sakti
taubat bercantum dengan takwa
bermukim di permai syurgawi
mencari makna diri di persada murni.
Zuhudkanlah
pasrah jangan parah
utuh jangan lusuh
patuh jangan angkuh
jelas jangan waswas.
Waspadalah
jangan carik kain kapanmu
jangan patah dahan kasihmu
jangan tanam jasah hatimu
jangan lupa seri imanmu
jangan lalai mengadap Ilahi
dalam diri meniti abadi.
Melayu Yang Mula Hilang
Melayu ...
Nama bagi satu kaum yang terbesar di Malaysia
malah di bumi nusantara
dahulu...
Melayu gah dengan Melayu Takkan Hilang
Orang Melayu sedntiasa ke depan
Cerita ceriti tentang kehebatan orang melayu
Malim Deman.. Hang Tuah ... Hang Jebat
Kesultanan Melayu Melaka
dan ramai lagi...
Hebat.. sangat hebat
Kini...
Dah mula hilang..
Nak cari melayu dalam kelas,
Nun di hujung sana
Nak cari melayu di Universiti dalam kursus yang canggih manggih,
hilangnya?
Nun dalam kursus kesusasteraan melambak ramainya
Nak cari melayu dalam seminar-seminar hebat?
Nun di hujung sana sedang zzzzz....
Itulah...
Kenyataan yang kita hadapi sekarang
Orang melayu mula susut dalam bidang-bidang yang hebat
Tetapi...
Orang melayu makin ramai
dalam disko, function2 minum-minum, pusat serenti, penjara,
lorong-lorong kecil, belakang kedai..
Itulah ramai melayu.
Entah bila orang melayu nak hilang dari situ???
Anak Melayu
Dimana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagig dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalh Mastika cerita hantu
Tengok telenova dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food, kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka dikedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada, tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa, ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu dulu
Ayat lazim dimulut islah malas selalu
Nak harap Kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Al Quran dan Sunnah Ku
Al Quran yang diturunkan 1400 tahun lalu
Tapi apakah yang kita tahu, cuma baca nak halau hantu..
melihat hari-hari akhirnya
kerana seperti yang dijangka
dia akan meracau
sebelum sasau
dan akhirnya
terus gila.
gilanya itu
akibat gagal menerima hakikat
dirinya bukan lagi di puncak
dan masih merasa diri
paling pintar paling bestari.
kini
tiap tempikan dan raungannya
hanya ditertawa.
sebelum ke makam pahlawan
dia akan ditabalkan
sebagai badut jalanan.
KAMI TIDAK LAGI MUDAH LUPA
tidak seperti orang tua kami
yang mudah melupakan
dan cepat memaafkan
segala kezaliman.
kami adalah generasi
yang tidak mudah terpesona
oleh ucapan semanis gula
dan tidak juga mudah hiba
oleh titisan air mata.
kami masih belum lupa
segala pentas sandiwara
dan masih bisa menghafal
dialog setiap watak
lantaran kami bukanlah
perwakilan sidangmu
yang meletakkan minda mereka
di bawah tempurung kelapa.
kami tidak lagi mudah lupa.
(kalau bisa, ulangkan kalimat ini
sejuta kali)
sekali kami dilebamkan mata
sejuta tahun tidakkan lupa.
kutulis sebuah puisi
untuknya...
hanya untuknya...
kau tak perlu cemburu
walau tubuh ini bersamanya
namun hatiku tetap terpatri akanmu
hanya dirimu wahai cinta...
walau kadang keraguan mengusikku
bersama detik-detik yang berlalu
kusulam dan terus kusulam rasa ini
andai kau tahu
betapa kucintaimu
namun itu hanyalah impian belaka
yang kelak kan kugantung
dan terus tergantung
dipucuk pohon andai dihatiku
duhai dewi cinta
hembuskan cintaku ini dihati kecilnya
walau ruang kecil terpojokkan dihatinya
aku pun bersedia asalkan dihatinya kuterpatri
alangkah derita batinku ini
bila cinta tak terbalas
bila rindu tak terobati
bila rintihan dan jeritan hati tak dihiraukan
namun aku tetaplah aku
namun dia tetaplah dia
dan siapapun tak akan tahu
baik kau maupun mereka yang mencemburui
puisi ini ku torehkan
hanya untuk ungkapkan pada dunia
bahwa betapa aku sangat mencintaimu
dab ku biarkan bidadari-bidadari yang lain cemburu
pada kisah percintaan kita sayang
Kutak berdaya dalam kuasa..
Penderitaan yang dibuat tuk pisahkan kita..
Kuhampir menyesali pertemua kita..
Karena dusta dia, yang sungguh biadap adanya..
Mengapa harus ada ujian itu..
Aku hampir kalah di dalamnya...
Haruskah kumati dalam angkaranya..
Sedangkan kutak jua menanti..
Lingkaran kepastian itu melilitku..
Tapi tlah kusadari semua..
Semua itu hanya cobaan semata..
Takkanlah terjadi untuk kedua kali..
Karena yang harus aku lakukan..
Adalah percaya padamu slalu...
Agar aku tak was-was dan curiga..
Sepatutnya kuharus sayangimu sungguh...
Terimalah maafku sayangku..
Atas ketidakpercayaanku padamu..
Kuhanya takut akan satu hal darimu...
Bila serpihan hati itu hilang..
Oh...ku tak kuasa menahan luka ini..
susahnya untuk kucari ganti
sekian lama seiring bersama
mana mugnkin dapat kulupakan
segala memory menjadi taman hati kita
pahit dan getir telah dirasa
jatuh dan bangun tiada terkira
mana mungkin bisa kusisihkan
biarpun kau relakan perpisahan ini
sementara ini...aku bagai terpenjara
meronta kelemasan
melontar kesakitan
meminta kebebasan kesisimu
duhai kekasih..
duhai sayangku
tanpamu siapalah diriku
selama ini
kau inspirasi
membakar jiwaku seadanya
duhai kekasih
duhai sayangku
pergimu tiadalah pengganti
kesana sini
terasa sangat sepi
duniaku hilang seri
bagaikan rembulan tiada sang kejora
pahit dan getir telah dirasa
jatuh dan bangun tiada terkira
mana mungkin bisa kusisihkan
biarpun kau relakan perpisahan ini