Ungkapan Rasa Hati
saat kutulis tentangmu
rindu dan airmata
bersaing antara satu
betapa getarnya hati ini sayang..
seolah engkau sedang dekat denganku
..dan darahku yang hitam dingin
berubah kemerahan dengan kegigilan
lalu menjemput rasa asing
satu dan satu..
rinduku semakin gila
satu dan satu..
titis menitis
satu dan satu..
kenangan meretak
..seperti
bibirku bibirmu
yang tak pernah tahu
apa yang terucapkan..
sebuah bicara![]() |
ketika di luar sana mereka berperang menjulang senjata aku di sini bergelut dengan rasa tapi penamatnya tetap sama ada yang punah ada yang musnah pengorbanan meminta sebanyak airmata yang serupa cuma luka ini tidak kelihatan tapi parah nya mencengkam menusuk hati musuh adalah diri hati yang tak mau mengerti bahawa perjalanan ini tidak akan terhenti walau ajal menanti di hujung hari di SANA baru bermula sebuah kehidupan berlandaskan apa yang kita lakukan di pentas Lakunan ini. |
TEMAN TAPI BEDA
Kau dari utara aku dari timur
Kau belajar akaun aku belajar mass comm
Walau berbeza aliran
Kita punya satu tujuan
Mengejar impian memburu kejayaan
Kau suka Hindi aku suka Indon
Kau dengar T.H.R, aku dengar R.F.M
Walau berbeza citarasa
Kita tak pernah sengketa
Atas satu cerita kita berpadu kata
Kau pergi kelas aku balik rileks
Kau belajar keras aku berbaring malas
Walau berbeza ilmu,
Kita tetap bersekutu
Luangkan waktu kita pasti bersatu
Kau bercerita aku mencelah
Kau mengata aku membantah
Walau berbeza pendapat
Kita sering beringat
Itu semua hanyalah debat
Jangan sampai mengundang khianat
Kau balik Alor Setar aku balik Kuantan
Habis mengaji haluan sendiri
Walau berbeza destinasi
Kenangan kita tetap abadi
Namamu terukir di hati
Seorang teman yang pernah ku kena
BIARKAN SEMPURNA
Senyummu seindah mahligai permata
Tawaku seiring kicau burung
Biarkan saja cukup sempurna
Duet bersama lagukan sepi
Hati kita sama terasa
Biarkan saja cukup sempurna
Andai bertandang tidak diundang
Jaga hatiku jaga hatimu
Nanti resah kian gelodak
Pesan hatiku pesan hatimu
Bila suria datang menjengah
Khabarkan diriku khabarkan dirimu
Sampai seru membawa berita
Ingat diriku ingat dirimu
Muncul pelangi selepas hujan
Kau tahu nanti kan hilang
Terbenam fajar di kaki langit
Ku tahu nanti kan menjelang
Sekuntum bunga untuk bahagia
Sepuluh jari jika terluka
Biarkan saja cukup sempurna.
CINTA SEKETIKA Mengenalimu, |
|
