Sign In Sign-Up
JENIS RAHSIA

~Selamat Datang ke Blog Zul~

BAGAIMANA CARA ANDA TIDUR

July 4, 2008


Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu yang agak memilih.


Selubung seluruh badan dengan selimut
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih
gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.


Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang
Sesiapa yang tidur dengan cara kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.


Tidur meringkuk
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan...

[More]

Tags: beri komen anda


Posted at: 03:56 PM | 0 Comments | Add Comment | Permalink

ANDA PERLU TAHU-Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan.......

July 4, 2008

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

 

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

 

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

 

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

 

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

 

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

 

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

 

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

 

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

 

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

 

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin

anda yang meminggirkan mereka.

 

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan

sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi

sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

 

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,

caci & cela.

 

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

 

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat...

[More]

Tags: beri komen anda


Posted at: 03:53 PM | 0 Comments | Add Comment | Permalink

TIPS-Tips Bertemu Bakal Mertua

July 4, 2008


Tips ini khas untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah mempunyai "kekasih" dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini, iaitu, tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.

Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. "first impression is important", eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting
inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.

Tips #1 : Masa

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan "bersempena" seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.

Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa... lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih...

[More]

Tags: beri komen anda


Posted at: 03:48 PM | 0 Comments | Add Comment | Permalink

RAHSIA MINUMAN KEGEMARAN

July 4, 2008


LATTE
Sofistikated adalah keperibadian paling jelas yang dapat dilihat dalam diri individu yang gemar menikmati minuman ‘Latte’ ini. Selain itu sikapnya yang sentiasa bersifat ingin tahu dan sentiasa ingin belajar secara tidak langsung turut memperlihatkan dirinya yang terpelajar dan berpendidikan.
Sekiranya kekasih anda menggemari minuman ini, aduh…beruntunglah anda kerana dia seorang yang romantik dan jiwanya penuh dengan kasih sayang. Si penggemar ‘Latte’ biasanya akan sentiasa dengan pasanggannya dan akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik demi mengukuhkan lagi perhubungannya.

KOPI
Anda sesuai mengendalikan perniagaan sendiri. Si penggemar kopi biasanya memiliki keperibadian yang menyakinkan. Sikap yakin dengan kebolehan diri sendiri membolehkan mereka maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Namun mereka ini juga memiliki sikap berjimat cermat yang teramat sangat sehingga ada yang menganggap mereka ini agak kedekut! Ya, mungkin kedekut kepada orang lain tapi bukan pada dirinya sendiri! Lihat sahaja gaya dan penampilannya. Boleh dikatakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya barangan berjenama! Opps…dalam subjek mencari pasangan pula, mereka dikatakan terlalu cerewet! Hati-hati, jangan sampai orang lain bosan pula untuk mendekati anda kerana sifat cerewet anda itu.

KOPI SUSU
Wah, orangnya sentiasa kelihatan sibuk. gayanya juga bagaikan tak terurus dek kesuntukan masa. Si penggemar kopi susu ini memang...

[More]

Tags: beri komen anda


Posted at: 03:44 PM | 0 Comments | Add Comment | Permalink

Rahsia cara si dia makan

July 4, 2008



Makan dengan tenang

Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan

Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap...

[More]

Tags: beri komen anda


Posted at: 03:40 PM | 0 Comments | Add Comment | Permalink

RAHSIA LELAKI & RAGAM

July 4, 2008


Lelaki Bersemangat

Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka.
Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan,tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.

Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka
ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi
kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang
sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.


Lelaki Takut Komitmen

Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis.Mengalahkan VIP pulak tu!

Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh...

[More]

Tags: beri komen anda


Posted at: 03:34 PM | 0 Comments | Add Comment | Permalink

Rahsia Warna Kegemaran secara umum

July 4, 2008


Semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna atau warna kegemaran. Tahukah kamu warna kegemaran dapat memperlihatkan watak kamu secara umumnya?

Warna Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.

Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik,
menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis.Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat...

[More]

Tags: beri komen anda


Posted at: 03:30 PM | 1 Comment | Add Comment | Permalink

Rahsia mimpi (Haiwan)

July 4, 2008


Mimpi merupakan mainan tidur yang dialami oleh semua orang. Mimpi juga boleh menjadi petanda kepada sesuatu perkara dalam kehidupan. Dalam artikel 1001rahsiadiri kali ini akan diberikan maksud-maksud mimpi yang berkaitan dengan haiwan...

-Bermimpi tentang babi hutan- alamat akan memperoleh budi dari orang lain
-Bermimpi melihat buaya - mendapat kecelakaan dari musuh yang tidak disangka-sangka
-Bermimpi melihat kambing -alamat mempunyai kesihatan yang baik dan keluarga yang disayangi
-Bermimpi naik kuda -akan mendapat kemuliaan
-Bermimpi digigit ular -akan mendapat jodoh
-Bermimpi dikejar ular -alamat akan jodoh kelak yang lebih cantik/tampan
-Bermimpi mendapat burung -akan mendapat isteri (jika belum berkahwin)
-Bermimpi digigit nyamuk -alamat kurang baik
-Bermimpi bercakap-cakap dengan haiwan -alamat impian nya akan terkabul
-Bermimpi melihat anjing -alamat akan memperoleh kebahagian
-Bermimpi mendengar angsa berbunyi -bermaksud akan menerima nasihat-nasihat yang baik
-Bermimpi melihat kelawar - alamatnya ekonomi dan kewangan diri bakal tergugat (terganggu)
-Bermimpi melihat kupu-kupu -maksudnya kebahagian akan datang dalam kehidupan
-Bermimpi melihat lembu -maksudnya kebahagian dalam hidup tanpa halangan
-Bermimpi melihat lebah mati - maknanya nasib buruk
-Bermimpi didatangi burung gagak di rumah -akan didatangi harta
-Bermimpi melihat tikus berjalan -alamat akan naik haji tanpa peduli apa- apa lagi

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari...

[More]

Tags: beri komen anda


Posted at: 03:25 PM | 0 Comments | Add Comment | Permalink

Rahsia mimpi

July 4, 2008

Rahsia mimpi

Mimpi rumah terbakar- maksudnya akan datang kekayaan berlarutan
Mimpi duduk di jambatan -akan mendapat rezeki
Mimpi pindah ke rumah buruk -alamat akan mendapat kawan yang baik
Mimpi membeli rumah -akan mendapat berkat dari Yang Maha Kuasa
Mimpi melihat berhala-maknanya akan menderhaka kepada Yang Maha Kuasa

Mimpi bertemu dengan polis- akan bertemu jodoh
Mimpi sedang berlari-alamat rezeki akan bertambah
Bermimpi hidup mewah dan bahagia- maksudnya anda perlu hati-hati kerana kemungkinan besar akan datang kesukaran yang tidak disangka-sangka
Mimpi berada di pasar malam-akan ada keuntungan dalam kehidupan
Bermimpi menjadi pesakit hospital- maknanya anda sihat sejahtera
Bermimpi rumah anda terang benderang-akan mengalami kesukaran
Mimpi jatuh dalam telaga-alamat akan sakit tenat
Mimpi melihat bayangan sendiri dalam telaga-alamat akan menerima surat dari jauh
Mimpi melihat pasu bunga-alamat akan mendapat pekerjaan yang diharapkan
Mimpi mendapat kasut-alamat naik pangkat

Tags: rahsia mimpi


Posted at: 03:07 AM | 1 Comment | Add Comment | Permalink

Jenis Jenis Petua

July 4, 2008

Rahsia mengenal Kegadisan

Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak ngannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut.

Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal. Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal...

[More]

Tags: rahsia mengenal kegadisan


Posted at: 03:02 AM | 0 Comments | Add Comment | Permalink

Posts by Date

Recent Posts

Archives